Senarai Abstrak

Abstrak kertas-kertas kerja yang diterima akan dipaparkan di sini. Insya Allah pihak kami akan mengemaskini ruang ini apabila menerima abstrak dari para penulis kertas kerja nanti.

Tajuk: KEMELUT ISLAM LIBERAL

Oleh: YBhg. Dato’ Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir

Abstrak: Pemahaman yang menyatakan bahawa Islam boleh ditafsir oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latarbelakang ilmu dan pengajian mereka sudah semakin menular dikalangan masyarakat, terutama di kalangan mereka yang berpendidikan. Golongan ini cuba membebaskan diri mereka dari penafsiran oleh para ulama dan cendikiawan Muslim yang sudah terbukti keilmuan mereka, dan tidak mahu mengikut pandangan-pandangan ulama’ yang telah diterima pakai sepanjang sejarah Islam. Mereka ini seolah tidak dapat membezakan komen terhadap Islam, dari segi budaya dan perkara usul. Pada mereka, lesen pengajian yang mereka ada sehingga mendapat PhD dan bergelar Dr dalam akademik, sudah membuatkan mereka mendabik dada mengulas tentang Islam sewenang-wenangnya. Mereka seharusnya reti membezakan komen terhadap Muslim dan komen terhadap Islam. Inilah suatu perkara yang harus dibedah agar perbezaan itu lebih nyata dan memberikan gambaran bagaimana usaha mereka telah menyebabkan kemelut Islam liberal itu semakin tenat. Kertas ini ingin mengajak kalian membentuk benteng untuk mempertahankan kesucian agama Allah ini.

   

Tajuk: PENYELIDIKAN ISLAM DAN LIBERALISMA DI MESIR: PENGALAMAN PERTEMUAN TOKOH LIBERAL DAN TOKOH PEMIKIR ISLAM SEMASA JANGKA MASA 2006-2008

Oleh: Prof. Madya Muhammad Kamil Abdul Majid

Abstrak: Penulis mengadakan penyelidikan berjudul ”Islam di Antara Konservatisma dan Liberalisme di Malaysia” dengan satu team di bawah FRGS. Justeru hypotesis awal mengatakan Islam Liberal adalah produk Libralisme yang berasa daripada Mesir, Indonesia dan beberapa negara lain, satu penyelidikan ke Mesir dan Indonesia. Kertas ini hanya akan menumpukan kepada dapatan kajian di Mesir. Beberapa tokoh Liberalisme ditemubual dan bahan-bahan tulisan mereka dibaca seperti Prof Dr Hasan Hanafi, Jamal al-Banna seorang aktivis sosial dan pemikir mewakili Liberal keras. Sementara agak lunak sedikit ialah Dr Hamid Taher, Dr Hassan al-Mashat, dll.

Tajuk: TELAAH HUBUNGAN MUSLIM – NON MUSLIM DARI PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL.

Oleh: Mohamad Zaidi b.Abdul Rahman, Wan Adli Wan Ramli, Prof. Madya. Dr. Abdul Karim b. Ali

ABSTRAK: Kertas kerja ini akan mengkaji sudut pandangan golongan Islam liberal terhadap hak asasi manusia khususnya mengenai hubungan Islam dengan Non Muslim. Non-Muslim dikatakan mengalami tekanan di bawah pemerintahan kerajaan Islam hasil dari peraturan-peraturan yang wujud iaitu melebihkan orang Islam berbanding non-Muslim. Golongan Islam Liberal melihat isu ini dengan mengungkap sisi pandangan yang kritikal terhadap hukum yang ditetapkan oleh majoriti ulama silam. Dengan itu, lahirlah rumusan-rumusan mereka yang berbeza secara mendasar dari fahaman klasik. Untuk itu, memahami sudut pandang mereka akan menyerlahkan sikap mereka terhadap isu ini.

 

Tajuk: ISLAM LIBERAL DI INDONESIA: SATU ANALISIS PENGALAMAN KAJIAN LAPANGAN

Oleh: Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Prof. Madya Dr Idris Awang dan Nor Adina Abdul Kadir.

ABSTRAK: Kertas kerja ini merupakan dapatan kajian awal daripada projek penyelidikan di bawah Geran FR006/2007A, bertajuk : Islam Antara Liberalisme Dan Konservatisme Di Malaysia. Projek penyelidikan ini bertujuan mengkaji perkembangan tren pemikiran Islam di Malaysia yang dianut oleh beberapa kumpulan ataupun NGO yang tertentu. Berbanding dengan fokus kajian penyelidikan ini yang lebih besar, kertas kerja ini hanya akan memberikan tumpuan kepada lokasi kajian di  Indonesia. Ianya disusun khusus bakal mengandungi beberapa bahagian yang utama. Pertama, pengenalan kepada projek kajian. Kedua, metodologi kajian yang diaplikasikan oleh kajian ini. Ketiga, dapatan kajian yang bakal merujuk kepada isu-isu terpenting daripada fahaman Islam liberal di Indonesia. Keempat, pengaruh fahaman Islam liberal di Malaysia, dan kelima, rumusan dan kesimpulan.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: