SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2008 PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (PUM)

Dikirim Julai 4, 2008 oleh Persatuan Ulama' Malaysia
Kategori: Pengumuman Seminar

Tags: , ,

ATURCARA LENGKAP di sini PDF jadual-aturcara-program-lengkap1

PENGENALAN

Disiplin ilmu dalam pengajian secara tradisinya dibahagikan kepada tiga kategori; Syariat, Usuluddin dan Tasawuf. Dalam setiap disiplin ilmu terdapat prinsip kerangka dan metodologinya tersendiri yang secara asanya bertunjang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Dengan lain perkataan, para ulama’ telah meletakkan asas-asas metodologi penting, bagaimana berinteraksi dengan isu-isu pemikiran, aqidah, hukum, kemasyarakatan, maslahat dan sebagainya.

Sebagai contoh, dalam usaha mengistinbatkan hukum, para ulama telah meletakkan asas dan metodologinya sebagai yang terkandung dalam disiplin usul al-Fiqh. Ini bermakna hanya pihak-pihak tertentu yang berkeahlian sahaja layak bercakap mengenainya. Begitu juga cara berinteraksi dengan perbendaharaan fiqh warisan ulama’.

Sehubungan itu, terdapat dikalangan umat Islam yang telah dan sekarang berusaha berbicara mengenai Islam tanpa asas kukuh dan tanpa metodologi yang telah mantap diakui para ulama’. Kebanyakkan mereka berusaha membebaskan diri mereka daripada hukum-hukum yang telah di established. Mereka terlalu bergantung kepada maqasid syariat sehingga mengabaikan metodologi yang telah digariskan. Bahkan bagi mereka, semua orang tanpa mengira latar belakang ilmu, keahlian layak bercakap mengenai Islam. Golongan ini dikenali sebagai Islam Liberal.


OBJEKTIF

  1. Menjelaskan asas-asas dalam pemikiran Islam.
  2. Mengenalpasti penyelewengan dan penyimpangan fahaman Islam Liberal dari ajaran Islam.
  3. Mengenalpasti usaha-usaha yang perlu diambil bagi membendung fahaman ini.
  4. Mengumpulkan para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang tentang fahaman Islam liberal.

TEMA

Menangani Pemikiran Islam Liberal di Malaysia

ANJURAN

Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

TARIKH

23 dan 24 Ogos 2008 / 20 dan 21 Syaaban 1429

TEMPAT

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. (tertakluk kpd perubahan).

PERASMIAN

Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia.

PENYERTAAN

Seminar ini TERBUKA dan kami menjemput para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, badan-badan kebajikan dan lain-lain pertubuhan serta orang perseorangan.

SKOP KERTAS KERJA PEMBENTANGAN

Kertas kerja berkaitan dengan pemikiran Islam akan dibahas dan dibentangkan beserta dengan kertas kerja sisipan yang diterima, berdasarkan skop di bawah: 

1. Asas-Asas Utama Dalam Pemikiran Islam

2. Sejarah dan Metodologi Islam Liberal

3. Pandangan Tokoh-Tokoh Islam Liberal

4. Penulisan-Penulisan Islam Liberal

YURAN PENYERTAAN

Pertubuhan : RM150.00

Individu : RM100.00

Mahasiswa / Pelajar : RM 50.00

Bayaran adalah untuk kit seminar, jamuan ringan dan makanan serta kos pengurusan. (Penginapan tidak disertakan).

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 21 Ogos 2008 dengan menghubungi:

Talian : 019-384 2920 / 016-274 6550 (Azmi)

Tel: 03-7955 4300 (PUM)

Faks : 03-7955 4300 (PUM)

Email : pumpusat@yahoo.com

 

 

Persatuan Ulama’ Malaysia

8-4, The Right Angle,

Jalan 14/22, Sekysen 14,

46100 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA